Pages

Wednesday 4 March 2015

Part 2

Kekuatan

Sekali lagi kira macam bina semangat part 2 lah ni haha. Harini aku duduk lama sangat sangat depan laptop ni haa macam macam cari, mulanya nak cari pasal next study life lah kan atau any uni yang nak terima orang dengan result macam aku. Siap cari lagi bidang yg sesuai dengan diriku ini hmm tapi tu semua aku kena tolak tepi sebab nak cari ketenangan sikit. Aku pun bacalah artikel artikel yang menceritakan kejayaan dunia yang Allah kurniakan, sebab, kepada siapa dan mengapa. Serba sikit dapatlah legakan jiwa raga yang tak tenteram.



salah satu carian yg ditemui

Oleh itu, aku redha, redha dengan kejayaan setakat ini. kenapa kena redha? sebab bila kita redha dan bersyukur dengan apa yang kita ada, baru kita tenang.Tak tahu lah kenapa aku tak rasa apa pun dengan result tu mula mula tapi dah malam malam tadi aku nangis pulak. Bukan sebab aku tak redha result tu tapi sebab org keep asking and cakap macam "hey aiman kau ni tak patut tau dapat result macam tu, kau kan good rank sekolah, deserve better blaa blaa" secara tersirat lah. Rasa macam aku dihukum teruk oleh Tuhan padahal aku dah berusaha sebaik mungkin berbaik sangka pada Allah hmm. Padahal time bina semangat semalam aku dah semangat dah tapi makin malam tetiba rasa macam longgar jantung , organ dalaman semua haish.

Tapi bertuah lah aku sebab ada kawan kawan yang turut sama dalam misi ni dan banyak bagi dorongan semangat dan kata kata membina dan cuba cheer up kan diriku ini.  Kali ni award cheer up yang paling menjadi aku nak bagi pada seorang kawan. Bagi menyedapkan hati aku yg lara ni semalam dia cakap macam ni
 "Congrats aiman, relax lah , masa depan kau cerah apeeee"
               aku pun lantas pandang dengan penuh tanda tanya lalu dia berkata lagi
"Eh betullah, cerah macam kulit kau tu lah" hahahahhaha okay memang aku gelak time tu, memang menjadi usaha dia untuk bagi aku tenang. Maka award cheer up kali ini diberikan tidak lain tidak bukan, Jun aku , Syahmi Dzani wehehe win lah katakata tu.
Tapi jangan percaya kata kata dia tu, orang kulit gelap pun ada masa depan yg cerah. Haa macam Bilal bin Rabah tu hitam legam tau ada je masa depan dia siap Allah janji lagi di akhirat bersama orang orang yg soleh, lagi manis :)


Ini Nur Jehan bagi tapi aku nangis :')


Ada satu lagu ni tau , I Believe//Christina perri ada lah lirik dalam tu yg dapat menaikkan rasa cinta pada diri sendiri dan semangat yg sikitsikit dah terkambus dalam lubuk hati ni.

And I have died so many times but I am still alive.

I believe that tomorrow is stronger than yesterday.
And I believe that your head is the only thing in your way.
I wish that you could see your scars are linked of beauty.
I believe that today it’s okay to be not okay.

This is not the end of me,
This is the beginning.


Percayalah satu masa nanti kalau kau terus istiqamah dalam hidup, nanti ada lah waktu yg sesuai Allah bagi peluang nak bagi kejayaan cemerlang, gemilang, terbilang pada diri kau tu (dan aku juga). Macam macam kita boleh buat untuk banggakan mak ayah not only SPM ni tau. Banyak lagi ranjau, onak duri, perjalanan dalam hidup seolah-olah tak berhenti sepanjang hidup ni untuk tebus segala kesalahan masa lalu. Aku janji akan berusaha untuk yang lebih baik, bak kata ikanor, nasib kami memain dalam SPM ni (seriouly kitorang memain haha) tapi one day kita tebus balik. sayang you :*
And to those yg wish me luck, bagi aku tazkirah sama ada pedek mahupun panjang, juga kepada yg berjenaka untuk bagi saya ketawa sakan maka award ketawa sakan harini Naim Nordin sebab dia buat joke nak kerja Pizza Hut sampai mati hahahahaha lawak tau, saya hargai semua itu yaaah !
tak dapat nak sebut semua orang kat sini tapi thankyou banyakbanyak ((:


senyuman bukan straight As (kecuali safuraa,kanan)

Aku sedikit terancam ibarat ikan jerung apabila ada pihak kata orang yang straight As ni masa depan ada jaminan lebih daripada orang lain. Peh terguris teruk. Play sikit lagu sakitnya tuh di sini fuhh. Then harini Ayah dah tanya 23 juta kali dah nak masuk and ambil course apa haha lelebih perumpamaan tu. tak tahu tak tahu lagi lah, bercelaru otak den ni haa. Ibu pula suka cakap prospek masa depan hailah makin mencabar hidup aku kini haha. Doakan yang baik baik untuk saya dan semua. Much love

Aimanz xx

No comments:

Post a Comment