VOL I
Suatu ketika dikau punya berita gembira
Lekas kau ingin mengkhabarkan orang tuamu
Kabur perhatian meraka terhadap khabarmu
Bukannya mereka tidak kasih
Mungkin saja mereka letih bekerja menyara kehidupan mu
Sewaktu kau terburu-buru membuat kata putus
Kau menegaskan itu lah yang terbaik buatmu
Terlepas daripada paandanganmu akan nasihat adinda dan kakanda
Bukan lah mereka menghalang cita-cita mu itu
Mungkin saja mereka tidak mahu kehilangan dirimu
Setibanya engkau di puncak kejayaan mu
Berjaya kau julang pangkat dan kerjaya mu
Orang tua mu jauh di rumah usang tersenyum indah
Tidaklah keduanya mahukan selain kehadiran mu di sisi mereka
Mungkin saja kau lupa titik permulaan mu
Pabila telah lama kau mendongak
Datangnya waktu membuat mu duduk tertunduk
Engkau lupa dan leka
Pinjaman mu yang sementara itu
Mungkin saja Tuhan sedang mengingatkan mu
Nukilanku Ilhamnya daripada Yang Kuasa
Mungkin saja sudah tiba masa untuk buka mata
Deeppp mann..karya sendiri ke
ReplyDeletehaah by my own. Dalam sejam gak buat hmm
DeleteSajak kau membantu proses aq meningkatkan penghasilan sayur kebun hahah...
ReplyDelete