Pages

Wednesday 29 April 2015

Cook

Yay or nay


Cook or not to cook. Bila pasal dapur kemain lagi tahap kemalasan kau kan lain daripada yg lain. Kat sekolah kemain lagi formula physics, chemistry , balaghah arabic semua kau hafal tapi time masak je lemah semangat padahal masak nak isi perut sendiri je bukannya hidang untuk family. Kalau kau pergi dapur tu mesti terdesak itupun masak maggi je , yelah en takyah pakai api ambil je air panas tu dari thermos elektrik. Ahaaa senang sangat ! Time sekolah dulu bila mak kau panggil suruh tengoktengok kat dapur kau taknak kononnya berharga sangat cuti kau yg 2 ketul tu utk dibazirkan ke dapur. Hampeh !



So, sesiapa yg rasa macam sengal sengal je otot dia bila cakap pasal masak meh datang sini sep dengan aku huhu. It had been months duduk rumah since habis SPM sebagai penganggur and half time bibik ((lah sangat)). 62% of the past days, parents aku tak tinggalkan makanan pun untuk aku sebab yeah adikadik aku pun beli kiranya kalau ibu masak breakfast and bekal untuk diorang, I'm one of the lucky person on that day. 3 bulan pertama, kalau aku takde makanan pun aku sanggup tunggu sampai petang ibu balik kerja untuk makanan daripada pergi dapur untuk masak. Oh please I have no idea pun nak masak apa.


lapar tak haha

Selepas 3 bulan, aku merasakan yang macam eh macam kadang-kadang ibuayah ni sengaja tak tinggalkan makanan sebab nak suruh masak ((firasat aku je tak pun sebenarnya)). Maka, aku pun try lah untuk masak apa yg ada. Family aku jenis yg dalam fridge tu we have a lot of western basic food. Ayam, ikan, daging fresh, seafood apekebendelah tu semuanya biasanya kalau ibu nak masak baru beli. Buntu tau pergi dapur tengok dalam kepala "aduhai ape nak masak ni". 

From the internet

"Nasi, telur dan kicap untuk orang yg biasa biasa"
Aku ni pun orang biasa juga tapi aku jenis yg tak makan telur, tak minat kicap yg raw tak dimasak lagi. Macam mana lah aku nak makan benda macam tu. So aku kena cari sesuatu yg entahlah aku pun taktahu nak masak. First time tu ibu dah sediakan bahan nasi goreng tinggal goreng je haa itu senang lah tak payah lah nak potong potong bawang bagai. Dan hari-hari berikutnya kalau aku ak masak mesti aku tanya dekat #tcl. 2 from us memang pandai lebih sikit daripada kitorang bab bab masak dan aku rasa aku lah worst sebab paling lambat pandai buka api dapur :')) Diorang ni kalau tak jadi pun masakan aku tetap kata eh bagus at least ada lah usaha hahaha kembang ittew !

Nasi goreng telur asing satu bro ! hehee


okay these are some of the foods that I've been working on hahahahaha. Aku tahulah rupa semua masakan aku ni buruk buruk belaka tapi rasa dia okaylah untuk diri sendiri. Lagipun kat rumah ni kalau aku masak memang aku sorang je yg rela hadap semua orang tak berani tanggung risiko kehidupan yg sementara ini hahahaha !
1)Basic Nasi Goreng Naga. Rasa dia masyaAllah yg pastinya kau kena ada 150ml air di sisi.

2)Maggi Goreng India Celup. Aku pun tak faham kenapa rupa dia sebegitu dan rasa dia sama macam yg pertama. Katakan tidak kepada racist !

3)Sausage dibendung Roti Gebu. Rasanya ini yg kelihatan paling normal dalam masakan aku. Gigih aku susun rotiroti yg dibelenggu rasa kasih ittuw

4)Kebab latihan kebakaran. Almost rentung huhu kesian dia tapi rasa dia peh superb serious sedap dengan kriuk kriuk rangup di dasarnya





Dah la jawapan kepada yay or nay ialah Nay buat masa sekarang hahahahaha. Most of the time I cook, it will turn into something bad. Rasa putus asa tu selalu je datang tapi sekejap je lah, bila aku lapar esoknya, aku akan still try untuk masak benda yg senang senang je untuk beginner takdelah lauk lauk semua tu. Even goreng ayam segera pun is new for me. Bersusah dahulu, bersenang-senang kemudian kann. 

Semoga semangat aku tak patah dengan mudah dan aku berjaya masak sesedap masakan ibu sebanyak 360 resepi setahun hahahaha. InsyaAllah (:


Yours sincerely,


No comments:

Post a Comment